Lawatan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Ahad, 27 September 2009
26 September 2009: TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah telah berkenan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 / 1430H bertempat di Persatuan Melayu Miri (Sajian Warisan). Majlis ini adalah merupakan anjuran Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Melanau, Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Saudara Kita, PERKIM Cawangan Miri dan gabungan parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Bekenu dan Lambir).

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Rabu, 16 September 2009
Persatu Melayu Miri (PMM) dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Melanau, Persatuan Saudara Kita, Persatuan Kedayan, PERKIM dan Gabungan Parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Lambir & Bekenu) akan menganjurkan MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2009 / 1430H pada 26 September 2009 (Sabtu)bertempat di Sajian Warisan dan Perkarangan Persatuan Melayu Miri bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.



Objektif ;
• Acara tahunan Persatuan Melayu Miri dan sempena merayakan sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Persatuan Melayu Miri.
• Menjadikan konsep SATU MALAYSIA sebagai objektif pengelolaan majlis dengan menggabungkan pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan dalam satu majlis perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri.
• Mengamalkan konsep persaudaraan dan mengeratkan sillaturrahim sesama ahli walaupun dari persatuan / pertubuhan yang berlainan.

Tetamu Kehormat : TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah di samping Tetamu Jemputan: YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, YB Datuk Peter Chin Fah Kui, YB Datuk Lee Kim Shin, YB Haji Ahmad Lai bin Bujang, YB Encik Aidan Wing, YB Lihan Jok, YB Encik Andy Chia dan beberapa orang wakil rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta, Ketua-Ketua Masyarakat, Pengerusi dan AJK Persatuan Persatuan di Miri, Ahli-ahli Persatuan Melayu Miri dan orang ramai.

Pertabalan Jawatankuasa Kelab Pidato

Isnin, 17 Ogos 2009
MAJLIS PERTABALAN AHLI JAWATANKUASA
KELAB PIDATO TOASTMASTERS 2009-2010
Tempat : Belian Hall, Eastwood Vallley & Golf Club
Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 2.30pm

Bengkel Anggun Muslimah

Isnin, 10 Ogos 2009
Bengkel Anggun Muslimah
Tarikh : 8 Ogos 2009
Tempat : Dynasty Hotel
Anjuran:
JK Wanita Persatuan Melayu Miri
dengan kerjasama
Nadia Beauty & Spa, Jun Hair & Beauty KL, SES Pesona Miri
Seramai 43 orang peserta telah hadir.



Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke-50 PMM

Sabtu, 11 Julai 2009

MAJLIS MAKAN MALAM
Sempena Ulang Tahun Ke-50
Persatuan Melayu Miri

Sabtu, 11 Julai 2009
Ballroom, Mega Hotel miri
11 Julai 2009

Pertandingan Kuih Tradisional Melayu dan Masakan Ayam

Selasa, 23 Jun 2009
[Dikemaskini pada 11 Julai 2009]




Pertandingan Kuih Tradisional Melayu Dan Masakan Ayam
Sempena Perayaan Ulangtahun Ke-50 PMM

Tarikh: 5 Julai 2009
Tempat: Dewan Suarah Miri
Maklumat lanjut dan Borang Penyertaan:
Puan Rahimah Tel: 085-431394, Faks: 085-421840

Pertandingan Bercerita Sekolah-Sekolah Rendah

Rabu, 10 Jun 2009
[Dikemaskini pada 1 Julai 2009]
Para pemenang bergambar bersama-sama YB Datuk Lee Kim Shin
Cr Sardon Zainal dan Encik Ismail Said sibuk mengira markah peserta

Aksi salah seorang peserta pertandingan bercerita.

Aksi menarik salah seorang peserta pertandingan

[Berita lama]

Pertandingan Bercerita (BM) Antara Sekolah-Sekolah
Rendah Bahagian Miri
Anjuran
Kelab Pidato Toastmasters Miri
27 Jun 2009
Pustaka Miri

Maklumat lanjut dan Borang Penyertaan:
Puan Rahimah Tel: 085-431394, Faks: 085-421840

Rabu, 27 Mei 2009
[Dikemaskini pada 11 Julai 2009]



SEMINAR KEIBUBAPAAN KAEDAH KHALIFAH
"Membentuk Insan Cemerlang"

Tarikh: 28 Jun 2009
Auditorium Pustaka Miri
8.00 pagi-5.00 petang

Maklumat lanjut:
Tadika Astana. Tel: 085-661000, Faks: 085-662477
Siti Hajijah: 019-8846610, Norleha: 019-8164662
Persatuan Melayu Miri. Tel: 085-431394, Faks: 085-421840
Raimah: 013-8286599, Bibi Sabariah: 013-8330602

Pertandingan CATUR PMM

Isnin, 11 Mei 2009
[Dikemaskini pada 23 Jun 2009]


Yang Dipertua Persatuan Melayu Miri, Tuan Haji Wan Morshidi Tuanku Haji
Abdul Rahman bersama para pemenang di pertandingan catur anjuran PMM

[Berita Lama...]

PERTANDINGAN CATUR
23-24 MEI 2009
TEMPAT: BANGUNAN PMM

Pertandingan Ucapan Peringkat Kelab

[Dikemaskini pada 23 Jun 2009]
Presiden Kelab Pidato Toastmasters Miri 2008/2009 Juriah Abdullah (ACS, CL)
bersama-sama Ahli Jawatankuasa dan peserta pertandingan.

Sebahagian daripada pemenang dengan trofi masing-masing

TM Razali Sunji sedang memberi taklimat

[Berita Lama]

PERTANDINGAN UCAPAN PERINGKAT KELAB
Anjuran Kelab Pidato Miri
22 Mei 2009
Pustaka Miri

Pertandingan Khat Jawi

Selasa, 14 April 2009
[Dikemaskini pada 23 Jun 2009]
Sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Pertandingan Penulisan Khat Jawi dan peserta

Yang Dipertua Persatuan Melayu Miri, Tuan Haji Wan Morshidi Tuanku
Haji Abdul Rahman sedang menyampaikan hadiah
kepada salah seorang pemenang

Sebahagian daripada peserta Pertandingan Penulisan Khat Jawi
bagi kategori pelajar sekolah rendah
[Lama]

Maklumat lanjut dan Borang Penyertaan: Puan Rahimah Tel: 085-431394, Faks: 085-421840

Program Kepimpinan Belia

Sabtu, 11 April 2009
Presiden Kelab Pidato dan Toastmasters PMM, ACS Juriah Abdullah memberi taklimat kepada peserta-peserta kursus bersama-sama ACB Sardon Zainal, ACS Azizah dan ahli kelab di SM Sains Miri. Seramai 25 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar SM Sains Miri dan anak-anak ahli PMM turut serta dalam kursus Kepimpinan Belia selama 3 hari bermula pada 4, 5 dan 11 April 2009 Sebahagian daripada pelajar-pelajar perempuan.
Sebahagian dari pelajar-pelajar lelaki.
Salah seorang pelajar menerima sijil penyertaan dari Kr Kho Ek Chong mewakili YB Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia
Sesi fotografi bersama peserta kursus

Catur - Aktiviti Hujung Minggu

Ahad, 5 April 2009
Jawatankuasa Belia dan Sukan PMM menjemput peminat CATUR di Miri untuk bersama-sama ahli PMM pada hari ahad (minggu yang terakhir setiap bulan) di Bangunan PMM, Jalan Kipas Miri. Penyertaan adalah terbuka.

Bimbingan Kerjaya Siri II

Ahad, 15 Mac 2009
Suasana di meja pendaftaran YB Haji Ahmad Lai Bujang turut hadir sebagai tetamu kehormat dan seterusnya merasmikan program Bimbingan Kerjaya Siri II anjuran Jawatankuasa Pendidikan PMM
YB Haji Ahmad Lai Bujang meluangkan masa untuk bergambar bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Kompleks Hamidah Miri yang turut serta dalam majlis tersebut. Sebahagian dari pelajar yang hadir mengambil peluang untuk mendapatkan maklumat dan panduan ke IPTA/S dari fasilitator

Lawatan Dato Bandaraya Miri

Isnin, 23 Februari 2009
Yang Dipertua PMM, Haji Wan Morshidi Tuanku Hj Abdul Rahman sedang memberi taklimat kepada YBhg Cr Lawrence Lai yang baru dilantik sebagai Dato Bandaraya Miri dan YBhg Cr Mohd Chee Kadir, Timbalan Dato Bandaraya Miri. Majlis yang berlangsung kira-kira satu jam telah diisi dengan sesi dialog antara ahli PMM dan pihak Majlis Bandaraya Miri.

Bimbingan Kerjaya Siri II

Bimbingan Kerjaya Siri II

15 Mac 2009, Pustaka Miri Dapatkah maklumat lanjut daripada: PUAN RAHIMAH, Persatuan Melayu Miri, 085-431394. Kemasukan adalah PECOMA