Lawatan TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Ahad, 27 September 2009
26 September 2009: TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah telah berkenan untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2009 / 1430H bertempat di Persatuan Melayu Miri (Sajian Warisan). Majlis ini adalah merupakan anjuran Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Melanau, Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Saudara Kita, PERKIM Cawangan Miri dan gabungan parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Bekenu dan Lambir).

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya

Rabu, 16 September 2009
Persatu Melayu Miri (PMM) dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri, Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Melanau, Persatuan Saudara Kita, Persatuan Kedayan, PERKIM dan Gabungan Parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Lambir & Bekenu) akan menganjurkan MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2009 / 1430H pada 26 September 2009 (Sabtu)bertempat di Sajian Warisan dan Perkarangan Persatuan Melayu Miri bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang.



Objektif ;
• Acara tahunan Persatuan Melayu Miri dan sempena merayakan sambutan Ulang Tahun Ke-50 penubuhan Persatuan Melayu Miri.
• Menjadikan konsep SATU MALAYSIA sebagai objektif pengelolaan majlis dengan menggabungkan pertubuhan-pertubuhan dan persatuan-persatuan dalam satu majlis perayaan seperti Hari Raya Aidil Fitri.
• Mengamalkan konsep persaudaraan dan mengeratkan sillaturrahim sesama ahli walaupun dari persatuan / pertubuhan yang berlainan.

Tetamu Kehormat : TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah di samping Tetamu Jemputan: YB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, YB Datuk Peter Chin Fah Kui, YB Datuk Lee Kim Shin, YB Haji Ahmad Lai bin Bujang, YB Encik Aidan Wing, YB Lihan Jok, YB Encik Andy Chia dan beberapa orang wakil rakyat, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan dan Swasta, Ketua-Ketua Masyarakat, Pengerusi dan AJK Persatuan Persatuan di Miri, Ahli-ahli Persatuan Melayu Miri dan orang ramai.