MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUN SEKALI PMM

Ahad, 6 Jun 2010
Notis Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali
PERSATUAN MELAYU MIRI
Tarikh: 20hb Jun 2010 (Ahad)
Masa: 9.00 Pagi
Tempat: Bangunan Persatuan Melayu Miri
Alamat: Lot 537, Jalan Gartak, 98000 Miri, Sarawak

AGENDA MESYUARAT

1. Ucapan Yang Dipertua
2. Mengesah Minit Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali bertarikh 17 Jun 2010
3. Perkara Berbangkit dari Minit Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali Yang Lepas
3. Menerima Laporan Jawatankuasa Tadbir dari Setiausaha Kehormat
5. Menerima Laporan Kewangan dari Bendahari Kehormat
6. Menerima Laporan Dari Jawatankuasa Kecil
7. Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Bagi Tempoh 2010-2013
8. Melantik 2 Orang Juruaudit Dalam bagi Tempoh 2010-2013
9. Melantik 3 Orang Pegawai (Seksyen 9(b) Akta Pertubuhan 1966)
10.Membincang Usul Bertulis Yang Diterima oleh Setiausaha Kehormat
11.Hal-Hal Lain (jika ada)
12.Mesyuarat Ditangguh


Ahli-Ahli PMM adalah dijemput hadir. Ahli yang belum membayar yuran tahunan keahlian adalah dikehendaki untuk membayar yurah keahlian sebelum 20 Jun 2010.

Ibu Kool Bapa Hebat

Khamis, 22 April 2010
"...Ibu Kool, Bapa Hebat..."
CERAMAH KEIBUBAPAAN
(Khas untuk ibubapa, Guru, Kaunselor Sekolah
& Penjaga Anak)
Oleh
JAMILAH SAMIAN
(BSc. Psychology, Upper Iowa Univ., USA
BSc. Comp Sc & Maths, Indiana State Univ., USA
Dip. Journalism, London Sch. of Journalism, UK)
dan
AHMAD FAKHRI HAMZAH
(BSc. Mech Engineering, California State Univ., USA
Dip. Human Resource, MIHRM, Malaysia)
pada
Tarikh: 22 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat: Pustaka Miri
Masa: 8.30 - 11.00 pagi
Maklumat lanjut:
Raimah (PMM: 085-431394 (Pej) / 013-8286599 (HP) / 085-421840 (Fax.)
Siti (PMM: 019-884 6610 (HP)
Ahmad Samsudin / Hayaty Mahdini (Pustaka Miri: 085-422525 (Tel) / 085-414444 (Fax)

Program Lepasan SPM/STPM 2009

Isnin, 8 Mac 2010
Program Lepasan SPM/STPM 2009
Tempat : Pustaka Miri
Tarikh: 07 Mac 2010
dirasmikan oleh
YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang
Ahli Parlimen P.218 Sibuti
YB Haji Ahmad Lai sempat meluangkan masa bersama-sama
AJK Pengelola Program Lepasan SPM/STPM 2009

YB Haji Ahmad Lai, Ahli Parlimen P.218 Sibuti menegaskan
bahawa pelajar-pelajar perlu mengambil peluang untuk mendapat
sebanyak mungkin maklumat serta membuat persediaan bagi memilih
kursus yang sesuai.
Beliau juga menegaskan bahawa "apa yang dimainkan oleh Persatuan
Melayu Miri, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri dan Pustaka Miri
sepatutnya menjadi contoh bagi persatuan, badan NGO dan agensi lain untuk
menganjur lebih banyak program yang boleh digunakan oleh pelajar
sebagai sumber maklumat dan sumber rujukan."
Dalam masa yang sama beliau telah menyumbang sebanyak RM3,000.00
kepada Persatuan Melayu Miri sebagai menyokong pengelolaan aktiviti berupa
pendidikan untuk anak-anak tempatan pada masa akan datang.

YB Hj Ahmad Lai diberi taklimat oleh salah seorang fasilitator
program berkenaan dengan kelayakan, peluang dan syarat-syarat
kemasukan ke IPTA/S yang berkaitan.

Sebahagian daripada pelajar yang hadir.

Guru kaunselor turut sama menyumbang tenaga dalam memberi
khidmat nasihat berkenaan dengan peluang-peluang melanjutkan
pelajaran ke IPTA/S.

Lepasan SPM & STPM 2009

Rabu, 24 Februari 2010
Persoalan;

  • Kalau keputusan SPM/STPM TAK BAIK, apa yang boleh saya buat?
  • Tak pasti kerjaya masa depan?
  • Tak tahu apa program untuk dipilih ke IPT?
  • Apakah program yang sesuai dengan kelulusan saya?
  • Nak pilih sijil, matrikulasi, diploma atau sarjana muda?
  • Nak belajar, keputusan cemerlang tapi di mana nak dapat sumber kewangan?

semuanya ada di....

LANGKAH SELEPAS SPM/STPM SIRI 1
Pelajar Tingkatan 4, 5 dan Tingkatan 6 Atas
pada
AHAD
7 Mac 2010
Masa : 8 pagi - 12 tengah hari
PUSTAKA MIRI
anjuran
Persatuan Melayu Miri
Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri
Pustaka Miri
----masuk adalah percuma----
Maklumat lanjut: Puan Rahimah. Tel: 085-431394, Faks: 085-421840

Sambutan Maulidur Rasul 1431H

Rabu, 17 Februari 2010
Yang Dipertua
dan
Ahli Jawatankuasa Tadbir
Persatuan Melayu Miri
mengucapkan
Selamat Menyambut
Maulidur Rasul 1431H / 2010M
12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010

Selamat Tahun Baru Cina

Sabtu, 6 Februari 2010
Yang Dipertua
dan Ahli Jawatankuasa Tadbir

Persatuan Melayu Miri
mengucapkan
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
kepada rakan-rakan kaum Cina di Miri
14 Februari 2010

Gong Xi Fatt Chai