Sarapan Pagi bersama Dato YDP PMM

Khamis, 22 Disember 2011
Program Sarapan Pagi bersama Dato YDP PMM
Venue: Bangunan PMM Jalan Kipas Miri.
Jam:0800pagi
Semua AJK PMM dijemput hadir untuk berbincang dan memikirkan bersama HALA TUJU orang KITA dalam menuju ke era 2020 ini.


Majlis Hi-Tea bersama YB PM N618 dan Dato YDP

Majlis Hi-TEA telah pun diadakan oleh YDP Dato Presiden PMM bersama badan badan NGO Islam serta  jabatan-jabatan kerjaan bahagian Miri ini.. YB MP  P618,  Tuan Hj.Ahmad Lai  juga turun hadir bersama pada ptg itu.
Venue: Dynasty Hotel Tingkat 2
Jam:1530hrs
Berapa issue telah pun dikenal pasti untuk dilaksanakan untuk kebaikan penduduk dikawasan sekitar ini.
Ayuh mari kita bagun bersama demi untuk meningkatkan lagi prestasi orang melayu di Miri.

Pertandingan Seni Tulisan Khat dan Jawi

PMM dengan Kerjasama JAIS akan mengadakan Pertandingan Seni Tulisan Khat dan Jawi pada 22/1/2012 bertempat di bangunan Persatuan Melayu Miri.
Tarik Tutup Penyertaan ialah pada 18/1/2012.
Hadiah lumayan menunggu untuk peserta. Ayuh apa lagi ditunggu ambillah borang penyertaan dari sekarang?

Pertandingan Futsal 2011 PMM

Pertandingan Futsal 2011 Piala Pusingan PMM anjuran PMM dengan kerjasama AJK RT Piasau Jaya Fasa 1.
Tarikh:24,25 &26 Disember 2011
Tempat:Taman Rekreasi Piasau Jaya 1
Borang Penyertaan tarikh tutup 22/12/2011 jam 4 ptg.
Yuran Penyertaan RM100 tunai untuk satu pasukan.
Ayuh mari kita bersukan sambil riadah.

Datang jangan tak datang beri sokongan dengan pasukan masing-masing.
Hadiah Lumayan untuk pemain yang menang..

Update: 24 Pasukan mengambil bahagian selama 2 hari untuk merebut Piala Pusingan  PMM yang diadakan di Gelanggang Padang Futsal Piasau Jaya Fasa 1, dengan kerjasama RT Piasau Jaya Fasa 1..Upacara penyampaian Hadiah kepada Pemenang telah pun disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PMM ,Tuan Hj.Putit  Abg.Tuah.. kepadaPengurus Pasukan PPJ Fc sebagai juara dengan Piala Pusingan PMM,Tropi,Medal dan Wang Tunai RM500. Tempat Kedua ialah Pasukan KBBN(Kalau Bulan Biasa Ngomong) dengan RM350, Tropi dan medal ,manakala tempat ketiga ialah pasukan RND Uperk Ent dengan hadiah RM250, Tropi dan Medal.. Syabas dan tahniah kepada semua yang ikut serta dalam Pertandingan Piala Pusingan PMM yang diUruskan oleh Sdr. Bujang Poli yang dibantu AJK PMM dan RT Piasau Fasa 1.

Ramah Tamah Aidil Fitri PMM 2011

Jumaat, 23 September 2011



Majlis Ramah tamah Aidilfitri 2011




Majlis Ramah tamah aidil fitri anjuran Persatuan Melayu Miri bersama NGO Islam di Bahagian Miri telah pun diadakan di Tingkat bawah Dewan Suarah Miri pada 18hb September 2011 mulai jam 0900 pagi hingga 1200 tengah hari. Tetamu kehormat ialah YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bujang serta Isteri,YB Datuk Lee Kim Shin ,Pegawai Residen serta Ketua ketua Jabatan kerajaan, ketua masyarakat dan penduduk di sekitar miri.
Upacara kemuncak ialah penyampaian hadiah insentif kepada pelajar pelajar cemerlang anak ahli PMM dalam ujian UPSR,SPM dan STPM
Isnin, 5 September 2011

MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA

AIDIL FITRI 2011 / 1432H

Anjuran Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri,

Persatuan Jatti Miriek, Persatuan Melanau, Persatuan Kedayan, Persatuan Saudara Kita,

PERKIM dan Gabungan Parti PBB (Piasau, Pujut, Senadin, Lambir, Bekenu)

Pada 18 September 2011 (Ahad), jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tingkat Bawah Dewan Suarah Miri

Orang ramai adalah dijemput hadir..