Majlis Doa ke Syukuran sempena Perayaan Ulang tahun Bandar Raya Miri

Ahad, 12 Mei 2013
Persatuan Melayu Miri, Masjid Darul Ehsan Piasau  serta Badan Ngo Islam di Miri akan mengadakan Upacara Majlis Doa ke Syukuran untuk kesejahteraan Penduduk Miri Amnya, khususnya Orang Islam  sempena menyambut ulang tahun Penubuhan BANDAR RAYA Miri pada dan waktu berikut:

Tarikh: 16hb Mei 2013
Hari: Khamis malam Jumaat
Jam: Antara Maghrib dan Isya.
Tempat: Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya.
Tetamu Kehormat: YB  Tuan Hj.Ahmad Lai  Bin Bujang

Acara: Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan bacaan doa selamat.

Adalah dengan ini semua muslimin dan muslimat dikawasan Miri ini dijemput hadir beramai-ramai ke Masjid Darul Ehsan Piasau  untuk mengimarahkan masjid serta menjayakan program ini demi kesatuan Ummah .