Program Lepasan SPM/STPM 2009

Isnin, 8 Mac 2010
Program Lepasan SPM/STPM 2009
Tempat : Pustaka Miri
Tarikh: 07 Mac 2010
dirasmikan oleh
YB Tuan Haji Ahmad Lai Bujang
Ahli Parlimen P.218 Sibuti
YB Haji Ahmad Lai sempat meluangkan masa bersama-sama
AJK Pengelola Program Lepasan SPM/STPM 2009

YB Haji Ahmad Lai, Ahli Parlimen P.218 Sibuti menegaskan
bahawa pelajar-pelajar perlu mengambil peluang untuk mendapat
sebanyak mungkin maklumat serta membuat persediaan bagi memilih
kursus yang sesuai.
Beliau juga menegaskan bahawa "apa yang dimainkan oleh Persatuan
Melayu Miri, Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri dan Pustaka Miri
sepatutnya menjadi contoh bagi persatuan, badan NGO dan agensi lain untuk
menganjur lebih banyak program yang boleh digunakan oleh pelajar
sebagai sumber maklumat dan sumber rujukan."
Dalam masa yang sama beliau telah menyumbang sebanyak RM3,000.00
kepada Persatuan Melayu Miri sebagai menyokong pengelolaan aktiviti berupa
pendidikan untuk anak-anak tempatan pada masa akan datang.

YB Hj Ahmad Lai diberi taklimat oleh salah seorang fasilitator
program berkenaan dengan kelayakan, peluang dan syarat-syarat
kemasukan ke IPTA/S yang berkaitan.

Sebahagian daripada pelajar yang hadir.

Guru kaunselor turut sama menyumbang tenaga dalam memberi
khidmat nasihat berkenaan dengan peluang-peluang melanjutkan
pelajaran ke IPTA/S.