CERAMAH MEMBINA KEKUATAN IMAN

Khamis, 14 Februari 2013

Mesyuarat Agung DWI Tahunan PMM

Ahad, 30 Disember 2012
Mesyuarat Agung DWI Tahunan Perastuan Melayu Miri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24hb Mach 2013 bersamaan 12hb J.Awal 1434 H
Jam: 0900 Pagi
Tempat: Bangunan Persatauan Melayu Miri, Jalan Kipas Miri.
Adalah dengan ini semua AHLI PMM  dan yang ingin menjadi ahli PMM dijemput hadir  pada tarikh yang telah pun ditetapkan. Sekiranya ada  resolusi dan cadangan yang ingin dikemukakan pada AGM itu nanti sila lah berhubung dengan Setiausaha PMM .
Jom mari kita Bangun untuk mengekakalkan yang Melayu tidak akan luput dimamnah oleh zaman.

FUTSAL AMAL PALESTIN ANJURAN PMM

Futsal Amal Palestin telah pun di anjurkan oleh Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Cabang Miri serta Viking Futsal Sarawak.
Tarikh:25/12/2012-26/12/2012
Tempat:: Stadium Tertutup Miri
Penyertaan: 32 Pasukan yang mengambil bahagian
Perasmian: Kounselor  Sardon Zainal
Johan : Pasukan PMM B.
Hasil dari koleksi pertandingan sebanyak RM3,200.00 telah pun didermakan kepada AMAL Palestin yang mana telah pun diserahkan kepada YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bujang oleh Pengerusi PMM Tuan Hj.Dato wan Morshidi.
Disamping itu juga Program pengambilan  ahli baru juga telah pun dibuat semasa pertandingan dijalankam.
Syabas kepada yang menang ,tapi yang lebih  penting semangat kesukanan dan ingin menderma untuk membantu Rakyat Palestin itu yang lebih mulia.

Syukur Alhamdulillah.

Majlis menanda tangani MOU antara PMM dan Persatuan Melanau Miri

Khamis, 15 November 2012
Majlis mendanda tangani  perjanian sefahaman diantara Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Melanau Miri untuk pembangunan kedua tanah persatuan itu yang terletak di Jalan Kipas Miri. Perjanjian itu telah pun diadakan pada 15/11/2012 bersamaan 1Muharram 1434H jam 2100hrs dibangunan Persatuan melayu Miri. Upacara itu telah disaksikan oleh YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bin Bujang MP Bekenu serta semua AJK dari kedua dua persatuan.

Mesyuarat Khas PMM

Mesyuarat Khas PMM telah pun diadakan pada 20/10/2012 dibangunan Persatuan Melayu Miri yang bermula dari jam 0930 pagi. Agenda khusus ialah untuk meluluskan pembinaan tanah persatuan untuk pusat komersial yang akan digabung dengan Persatuan Melanau Miri. Kehadiran Ahli  sangat memberangsangkan dan resolusi telah pun diluluskan.

Majlis Merdeka Raya PMM 2012M.1433H

Rabu, 29 Ogos 2012
Persatuan Melayu Miri akan mengadakan Majlis Merdeka Raya 2012 seperti berikut:
Tarikh: 31hb August 2012 bersamaan 13 Syawal 1433H
Hari: Jumaat
Jam: 1330 Ptg-1630 Ptg.
Venue: Bangunan Persatuan Melyu Miri,Lot 537, Jalan Kipas Miri.
Adalah dengan ini dijemput semua AHLI serta Keluarga dan penduduk dikawasan Miri dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis itu.
Kehadiran ANDA kalian sangat-sangat dialualukan dan dihargai.
JOM KITA PI RAYA!!!!!!.

Majlis Doa Perdana untuk Arwah 2012 M/1433H.

Khamis, 12 Julai 2012
Majlis Doa Perdana untuk Arwah tahun 2012M/1433H akan diadakan  :
Tempat: Masjid At-Taqwa Miri.
Tarikh: Sabtu ,24 Syaban 1433H/14 Julai 2012M
Masa: Di antara Maghrib dan Isyak.
Anjuran bersama PMM,Masjid At-Taqwa Miri, HIKMAH Cawangan Miri dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum Miri.
Semua Muslimin dan Muslimah dikawasan Miri adalah dijemput hadir untuk keprogram ini.