Langkah Selepas SPM/STPM

Isnin, 12 Mac 2012

Pertandingan Menulis Seni Khat Jawi

Sabtu, 7 Januari 2012

Pertandingan Menulis Seni Khat Jawi Anjuran bersama  PMM,Masjid At-Taqwa dan Task Force PPD Miri  sempena Majlis Perayaan Maulidurrasul Peringkat Negeri Sarawak 1433H/ 2012M telah pun diadakan pada 28hb Januari 2012 bertempat Di Masjid At-Taqwa.Penyertaan terdiri dari tiga kategori Dewasa,Remaja dan kanak kanak.Hadiah telah pun disampaikan oleh Temenggong Tuan Hj.Abdul Rahman Fadzail dan Pengerusi PMM Dato Tuan Hj. Wan Morshidi.

                                            Para Pemenang serta  AJK Pengelola

                       Johan Kategori Dewasa  Intan Nurhafeezah Bte Sahit dari Kuching

Sarapan Pagi bersama Dato YDP PMM

Khamis, 22 Disember 2011
Program Sarapan Pagi bersama Dato YDP PMM
Venue: Bangunan PMM Jalan Kipas Miri.
Jam:0800pagi
Semua AJK PMM dijemput hadir untuk berbincang dan memikirkan bersama HALA TUJU orang KITA dalam menuju ke era 2020 ini.


Majlis Hi-Tea bersama YB PM N618 dan Dato YDP

Majlis Hi-TEA telah pun diadakan oleh YDP Dato Presiden PMM bersama badan badan NGO Islam serta  jabatan-jabatan kerjaan bahagian Miri ini.. YB MP  P618,  Tuan Hj.Ahmad Lai  juga turun hadir bersama pada ptg itu.
Venue: Dynasty Hotel Tingkat 2
Jam:1530hrs
Berapa issue telah pun dikenal pasti untuk dilaksanakan untuk kebaikan penduduk dikawasan sekitar ini.
Ayuh mari kita bagun bersama demi untuk meningkatkan lagi prestasi orang melayu di Miri.

Pertandingan Seni Tulisan Khat dan Jawi

PMM dengan Kerjasama JAIS akan mengadakan Pertandingan Seni Tulisan Khat dan Jawi pada 22/1/2012 bertempat di bangunan Persatuan Melayu Miri.
Tarik Tutup Penyertaan ialah pada 18/1/2012.
Hadiah lumayan menunggu untuk peserta. Ayuh apa lagi ditunggu ambillah borang penyertaan dari sekarang?

Pertandingan Futsal 2011 PMM

Pertandingan Futsal 2011 Piala Pusingan PMM anjuran PMM dengan kerjasama AJK RT Piasau Jaya Fasa 1.
Tarikh:24,25 &26 Disember 2011
Tempat:Taman Rekreasi Piasau Jaya 1
Borang Penyertaan tarikh tutup 22/12/2011 jam 4 ptg.
Yuran Penyertaan RM100 tunai untuk satu pasukan.
Ayuh mari kita bersukan sambil riadah.

Datang jangan tak datang beri sokongan dengan pasukan masing-masing.
Hadiah Lumayan untuk pemain yang menang..

Update: 24 Pasukan mengambil bahagian selama 2 hari untuk merebut Piala Pusingan  PMM yang diadakan di Gelanggang Padang Futsal Piasau Jaya Fasa 1, dengan kerjasama RT Piasau Jaya Fasa 1..Upacara penyampaian Hadiah kepada Pemenang telah pun disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi PMM ,Tuan Hj.Putit  Abg.Tuah.. kepadaPengurus Pasukan PPJ Fc sebagai juara dengan Piala Pusingan PMM,Tropi,Medal dan Wang Tunai RM500. Tempat Kedua ialah Pasukan KBBN(Kalau Bulan Biasa Ngomong) dengan RM350, Tropi dan medal ,manakala tempat ketiga ialah pasukan RND Uperk Ent dengan hadiah RM250, Tropi dan Medal.. Syabas dan tahniah kepada semua yang ikut serta dalam Pertandingan Piala Pusingan PMM yang diUruskan oleh Sdr. Bujang Poli yang dibantu AJK PMM dan RT Piasau Fasa 1.

Ramah Tamah Aidil Fitri PMM 2011

Jumaat, 23 September 2011