Mesyuarat Agung DWI Tahunan PMM

Ahad, 30 Disember 2012
Mesyuarat Agung DWI Tahunan Perastuan Melayu Miri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24hb Mach 2013 bersamaan 12hb J.Awal 1434 H
Jam: 0900 Pagi
Tempat: Bangunan Persatauan Melayu Miri, Jalan Kipas Miri.
Adalah dengan ini semua AHLI PMM  dan yang ingin menjadi ahli PMM dijemput hadir  pada tarikh yang telah pun ditetapkan. Sekiranya ada  resolusi dan cadangan yang ingin dikemukakan pada AGM itu nanti sila lah berhubung dengan Setiausaha PMM .
Jom mari kita Bangun untuk mengekakalkan yang Melayu tidak akan luput dimamnah oleh zaman.

FUTSAL AMAL PALESTIN ANJURAN PMM

Futsal Amal Palestin telah pun di anjurkan oleh Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Cabang Miri serta Viking Futsal Sarawak.
Tarikh:25/12/2012-26/12/2012
Tempat:: Stadium Tertutup Miri
Penyertaan: 32 Pasukan yang mengambil bahagian
Perasmian: Kounselor  Sardon Zainal
Johan : Pasukan PMM B.
Hasil dari koleksi pertandingan sebanyak RM3,200.00 telah pun didermakan kepada AMAL Palestin yang mana telah pun diserahkan kepada YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bujang oleh Pengerusi PMM Tuan Hj.Dato wan Morshidi.
Disamping itu juga Program pengambilan  ahli baru juga telah pun dibuat semasa pertandingan dijalankam.
Syabas kepada yang menang ,tapi yang lebih  penting semangat kesukanan dan ingin menderma untuk membantu Rakyat Palestin itu yang lebih mulia.

Syukur Alhamdulillah.

Majlis menanda tangani MOU antara PMM dan Persatuan Melanau Miri

Khamis, 15 November 2012
Majlis mendanda tangani  perjanian sefahaman diantara Persatuan Melayu Miri dan Persatuan Melanau Miri untuk pembangunan kedua tanah persatuan itu yang terletak di Jalan Kipas Miri. Perjanjian itu telah pun diadakan pada 15/11/2012 bersamaan 1Muharram 1434H jam 2100hrs dibangunan Persatuan melayu Miri. Upacara itu telah disaksikan oleh YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bin Bujang MP Bekenu serta semua AJK dari kedua dua persatuan.

Mesyuarat Khas PMM

Mesyuarat Khas PMM telah pun diadakan pada 20/10/2012 dibangunan Persatuan Melayu Miri yang bermula dari jam 0930 pagi. Agenda khusus ialah untuk meluluskan pembinaan tanah persatuan untuk pusat komersial yang akan digabung dengan Persatuan Melanau Miri. Kehadiran Ahli  sangat memberangsangkan dan resolusi telah pun diluluskan.

Majlis Merdeka Raya PMM 2012M.1433H

Rabu, 29 Ogos 2012
Persatuan Melayu Miri akan mengadakan Majlis Merdeka Raya 2012 seperti berikut:
Tarikh: 31hb August 2012 bersamaan 13 Syawal 1433H
Hari: Jumaat
Jam: 1330 Ptg-1630 Ptg.
Venue: Bangunan Persatuan Melyu Miri,Lot 537, Jalan Kipas Miri.
Adalah dengan ini dijemput semua AHLI serta Keluarga dan penduduk dikawasan Miri dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis itu.
Kehadiran ANDA kalian sangat-sangat dialualukan dan dihargai.
JOM KITA PI RAYA!!!!!!.

Majlis Doa Perdana untuk Arwah 2012 M/1433H.

Khamis, 12 Julai 2012
Majlis Doa Perdana untuk Arwah tahun 2012M/1433H akan diadakan  :
Tempat: Masjid At-Taqwa Miri.
Tarikh: Sabtu ,24 Syaban 1433H/14 Julai 2012M
Masa: Di antara Maghrib dan Isyak.
Anjuran bersama PMM,Masjid At-Taqwa Miri, HIKMAH Cawangan Miri dan Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum Miri.
Semua Muslimin dan Muslimah dikawasan Miri adalah dijemput hadir untuk keprogram ini.

Bengkel Keibubapaan:Cabaran Mendidik Generasi Internet

Isnin, 26 Mac 2012

Selangkah selepas SPM/STPM 2012

Program Selangkah selepas SPM/STPM 2012 telah pun dianjurkan dengan jayanya oleh Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Miri serta Pustaka Miri pada 25/3/2012 bertempat diruang legar kawasan Pustaka Miri. Program ini bermula dari jam 0800 pagi hingga jam 1230 Tengah hari. Tetamu kehormat yang hadir pada program ini ialah YB Tuan Hj.Ahmad Lai bin Bujang, YB Encik Ripin bin Lamat, Pengerusi LAKMM Miri Dato Hj.Abdillah Bin Temenggong Hj.Abd.Rahim, Pengerusi PMM Dato Hj.Wan Morshidi serta Ketua Eksekutif Pustaka Miri Cik. Salina.Beberapa Booth  telah pun disediakan yang dikendalikan oleh pelbagai proffesional dan bidang untuk membantu para pelajar lepasan SPM dan STPM  untuk mencurakkan hala tuju mereka selepas SPM/ STPM. Penerimaan  orang sangat mengalakkan. Tahniah dan syabas kepada semua yang ikut serta menjayakan program ini.

Laporan Seminar SKILLS TO SCORE

Isnin, 19 Mac 2012
Laporan Seminar  SKILLS TO SCORE
(Program sehari bersama pelajar sekolah menengah)

(di anjurkan oleh J/K Pendidikan dan J/K  Wanita, PMM )


Tarikh          :         Ahad, 4 Mac 2012
Masa  :                  7.30 pagi– 4.30 ptg
Tempat        :         Auditorium, Pustaka Miri
Penceramah :        Dr. Shukri Abdullah
Bilangan      :         54 orang pelajar sekolah menengah dari kawasan Miri dan Kuching )
Penceramah :        Dr. Shukri Abdullah 
Kelayakan:             B.Soc.Sc (USM), Cert. Agro-Industrial Project Planning (Bradford, UK), M.Phil Sussex, UK), Ph.D (Essex, UK), Certified Practitioner NLP (Canada)
Penampilan Media:   TV:  Siri Bijak Belajar TV3, Laman Nurani TV3, Motivasi Pagi TV3,
                                      Inspirasi Pagi TV1, Motivasi Murid TV9.
                               Radio: Tetamu Motivasi Pagi Radio RTM (Nasional, Kedah, Pulau Pinang)
  Penulisan dan Penerbitan:
Buku terbaru beliau ialah:     
(a) Sentuhan Ibubapa, Ameen Publication, KL  2008
(b) Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara Ameen Publication, KL  2010
(c) Anakku Dapat Semua A, Telaga Biru, KL  2010

Pengalaman Berseminar  Pembelajaran:

Mengendalikan  seminar  pembelajaran  sejak  tahun  1990  ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah,  Sarawak  serta  Negara  Brunei  Darussalam.   Telah  mengadakan seminar di hampir semua  kategori  sekolah  dan  kolej  di Malaysia  meliputi  lebih  500,000  pelajar.  Sila  rujuk  laman  www.drshukri.com untuk senaraai sekolah di Malaysia dan di Brunei di mana beliau telah kendalikan seminar.


Agenda Seminar
Penceramah  :       Dr. Shukri Abdullah 
0730 -  0800       Pendaftaran 
0800 – 1000       Memperkenalkan Seminar
                            Motivasi diri – pembuka gelanggang Kemahiran dalam konteks   
                            Strategi    S.A.T.U.
NOTA PETA MINDA
i.       Nota Linear / Nota Peta Minda – Apa Perbezaannya ?
ii.      Kenapa nota Peta Minda ?
iii.  Panduan umum membuat nota Peta Minda
iv.   Nota Peta Minda  untuk mencetus / mencambahkan idea
1000 – 1030     Rehat dan minum pagi 
1100 – 1300                  v.   Enam variasi nota Peta Minda
                                       vi.   Urutan membuat nota Peta Minda
                                      vii.  Cara memanfaatkan nota Peta Minda
BIJAK MEMBACA
a.    Membaca – Sebelum dan selepas kelas
b.    Formula 30-5-30 dalam membaca
c.     Membaca efektif Kaedah O.R.A.
1300 – 1400      Rehat, Makan Tengah Hard dan Solat Zohor
1400 – 1600     PENGUKUHAN DAYA INGATAN
1.    Kenapa  lupa ?
2.     Proses daya ingatan – 3R
3.     Kaedah utama mengingat:
(a)  Ulangkaji secara terancang
(b) Ceritakan … pada sesiapa saja !
(c)  Kad poket / flash card
(d) Menguasai gambarajah
(e)  Guna Nemonik:   Akronim, Akrostik, Bunyi Seakan, Cerita untuk ingat fakta dan Cerita untuk ingat formula
Motivasi diri
Rumusan seminar