Barisan Kepimpinan Persatuan Melayu Miri untuk sesi 2013-2015

Isnin, 24 Jun 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG TIGA TAHUN SEKALI 2013

Isnin, 17 Jun 2013
Seperti yang diperuntukan dalam fasal 7(4) Perlembagaan Persatuan Melayu Miri, notis ini dikeluarkan kepada semua ahli untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali 2013 seperti yang dijadualkan berikut:

Tarikh: Ahad, 23 Jun 2013
Tempat: Premis Persatuan Melayu Miri.
Masa: 0900 Pagi.

Semua dokumen yang akan dibentang pada mesyuarat tersebut boleh didapati dari Urusetia di Persatuan Melayu Miri,Lot 537,Jalan Kipas ,98000 Miri.
Untuk makluman lanjut,sila hubungi Setiausaha Kehormat atau Puan Raimah Hj.Amin di talian 085-431394 (Pejabat)

Jom mai datang ramai ramai.

Majlis Doa ke Syukuran sempena Perayaan Ulang tahun Bandar Raya Miri

Ahad, 12 Mei 2013
Persatuan Melayu Miri, Masjid Darul Ehsan Piasau  serta Badan Ngo Islam di Miri akan mengadakan Upacara Majlis Doa ke Syukuran untuk kesejahteraan Penduduk Miri Amnya, khususnya Orang Islam  sempena menyambut ulang tahun Penubuhan BANDAR RAYA Miri pada dan waktu berikut:

Tarikh: 16hb Mei 2013
Hari: Khamis malam Jumaat
Jam: Antara Maghrib dan Isya.
Tempat: Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya.
Tetamu Kehormat: YB  Tuan Hj.Ahmad Lai  Bin Bujang

Acara: Bacaan Surah Yassin, Tahlil dan bacaan doa selamat.

Adalah dengan ini semua muslimin dan muslimat dikawasan Miri ini dijemput hadir beramai-ramai ke Masjid Darul Ehsan Piasau  untuk mengimarahkan masjid serta menjayakan program ini demi kesatuan Ummah .

Program Selangkah selepas SPM anjuran PMM

Ahad, 17 Mac 2013
Persatuan Melayu Miri telah mengadakan Program selangkah selepas SPM untuk sesi 2013 yang telah diadakan di Pustaka Miri 17/3/2013 bermula dari jam 0800 Pagi sehingga 1200 tengah hari.
Program ini terbuka kepada semua lepasan SPM and STPM yang kan menempuhi langkah seterusnya  untuk mengharungi hidup ini. Program ini bertujuan membantu para pelajar untuk memilih bidang kerja jaya pada masa hadapan dengan memilih kursus serta bidang yang diminati.Ianya dijayakan oleh  Graduan graduan anak melayu yang telah pun berjaya dan mendapat pekerjaan dengan bidang masing. Turut hadir pada program ini ialah Datu Tuan Hj.Morshidi selaku Pengerusi PMM serta Dr.Hj. Aziz bin Hj.Abdul Rahim selaku ketua Program ini, yang juga dibantu oleh semua AJK PMM and LAKMM

CERAMAH MEMBINA KEKUATAN IMAN

Khamis, 14 Februari 2013

Mesyuarat Agung DWI Tahunan PMM

Ahad, 30 Disember 2012
Mesyuarat Agung DWI Tahunan Perastuan Melayu Miri akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24hb Mach 2013 bersamaan 12hb J.Awal 1434 H
Jam: 0900 Pagi
Tempat: Bangunan Persatauan Melayu Miri, Jalan Kipas Miri.
Adalah dengan ini semua AHLI PMM  dan yang ingin menjadi ahli PMM dijemput hadir  pada tarikh yang telah pun ditetapkan. Sekiranya ada  resolusi dan cadangan yang ingin dikemukakan pada AGM itu nanti sila lah berhubung dengan Setiausaha PMM .
Jom mari kita Bangun untuk mengekakalkan yang Melayu tidak akan luput dimamnah oleh zaman.

FUTSAL AMAL PALESTIN ANJURAN PMM

Futsal Amal Palestin telah pun di anjurkan oleh Persatuan Melayu Miri dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Cabang Miri serta Viking Futsal Sarawak.
Tarikh:25/12/2012-26/12/2012
Tempat:: Stadium Tertutup Miri
Penyertaan: 32 Pasukan yang mengambil bahagian
Perasmian: Kounselor  Sardon Zainal
Johan : Pasukan PMM B.
Hasil dari koleksi pertandingan sebanyak RM3,200.00 telah pun didermakan kepada AMAL Palestin yang mana telah pun diserahkan kepada YB Tuan Hj.Ahmad Lai Bujang oleh Pengerusi PMM Tuan Hj.Dato wan Morshidi.
Disamping itu juga Program pengambilan  ahli baru juga telah pun dibuat semasa pertandingan dijalankam.
Syabas kepada yang menang ,tapi yang lebih  penting semangat kesukanan dan ingin menderma untuk membantu Rakyat Palestin itu yang lebih mulia.

Syukur Alhamdulillah.